Tips Umpan Ikan Patin

Resepi ini saya perolehi dari rakan saya dari Team COFA. Ingin saya kongsikan bersama kepada pengunjung blog ini. Keberkesanan umpan ini bergantung mengikut keadaan dan tempat.



Seperti diketahui setiap ikan kolam air tawar mempunyai perangai yang berbeza-beza. Lain tempat lain seleranya. Tapi bagi saya tak salah untuk mencuba dan siapa tau umpan ini boleh menjadi salah satu umpan power pada para pengunjung blog ini.

Ramuan Umpan Patin

Susu Sejat penuh krim

Mauripan (Dry yeast)

Dua sudu serbuk cheese

Beberapa batang serai

Cara-cara membuat ramuan:

1. Potong halus serai dan masukan kesemua bahan ke dalam blender.
2. Pastikan semua ramuan hancur dan sebati
3. Masukkan campuran tadi ke dalam botol
4. Kemudian dibiarkan beberapa hari sebelum digunakan

1 HARI - 5 HARI (UNTUK DIGUNAKAN BERSAMA PATI PANDAN)
6 HARI - 10 HARI (UNTUK DIGUNAKAN BERSAMA PATI STRAWBERY)
2 MINGGU (UNTUK UMPAN KOSONG)

Cara-cara menggunakannya.


  • Sebatian ini akan digunakan bersama roti yang telah dipotong dadu.
  • Semburkan sebatian tersebut pada roti, jangan terlalu banyak cukup sekadar melembabkan roti tersebut dengan ramuan ini.
  • Kemudian titiskan pes/pati pandan atau strawberry kepada roti tersebut.
  • Selesai dan boleh terus digunakan. Terpulang pada pemancing untuk menggunakan teknik apung atau pun umpan dasar.

[Sumber]

9 Responses to Tips Umpan Ikan Patin

  1. ni resepi eddy jawa..dh try memang naik patin pnye..

    ReplyDelete
  2. susu nak pkai berapa ? mauripan berapa peket ? serai berapa batang ?

    ReplyDelete
  3. bro...tak lengkap je cara penerangan nya...

    ReplyDelete
  4. bro...tak lengkap je cara penerangan nya...

    ReplyDelete
  5. Pandai2 test umpan je la ye..:)

    ReplyDelete
  6. Bpe bnyk cheese,susu Dan serai nk blender.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas info umpan Patin. Masukkan Blog anda ada disini Myrodreel

    ReplyDelete
  8. Msuk tapai ubi n tempe best meletop

    ReplyDelete

Anda amat dialu-alukan untuk memberikan sebarang pendapat atau sebarang pertanyaan kepada pihak Kolam Buyut..